• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Peruntuk RM10.9 Juta Hasil Tukun Tiruan



Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperuntukkan RM10.9 juta bagi pembangunan tukun tiruan di negeri ini sejak 2006.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pembangunan tukun tiruan di 27 tapak melibatkan 1,147 unit tukun itu ditempatkan di Ma Daerah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Kuala Marang, Pulau Bidong, Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Teluk Ketapang, Setiu, Besut dan Pantai  Merchang.


Katanya, Lokasi tukun yang dilabuhkan itu pastinya menunjukan impak positif kepada biodiversiti marin.

“Ini terbukti apabila pelbagai spesis ikan semakin bertambah daripada 15 kepada 109 spesis sejak pelbagai tukun tiruan dilabuhkan DOF.


 “Pada masa sama memberi manfaat kepada 6,500 nelayan di Terengganu kerana berjaya mengurangkan aktiviti pencerobohan nelayan pukat tunda di kawasan tangkapan,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melepaskan tukun "Rig to Reef" di Pulau Kapas, Marang, hari ini.

Turut hadir Presiden PAS, Dato’  Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.


Shabery turut memberitahu, berdasarkan kajian DOF telah membuktikan bahawa pembangunan tukun tiruan itu dapat meningkatkan  jumlah pendaratan ikan yang dianggarkan 50,000 hingga 80,000  tan metrik setahun .

“Jumlah itu membabitkan enam jeti pendaratan utama iaitu  Kuala Besut, Chendering, Marang, Kuala Kemaman, Kuala Dungun dan Pulau Kambing,”katanya.


   

Tag: