• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Pesakit Strok Tak Sangka Cepat Dapat Bantuan

KUALA TERENGGANU, 8 Februari – Seorang pesakit strok, Khadijah Kassim, 74, di Kampung Batu Buruk tidak menyangka akan menerima bantuan katil daripada kerajaan negeri.

Menurut anaknya, Salbiyana Ismail, 57, dia cukup terkejut kerana mendapat bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk dengan mudah dan cepat.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka mudah sahaja untuk dapat bantuan katil ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak ADUN Batu Buruk, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atas bantuan ini,” kata Salbiyana ketika menerima serahan katil ini. 

Katil pesakit tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Khas ADUN Batu Buruk, Mohd Izzat Abdullah di kediaman pesakit, hari ini.

Sementara itu, Muhammad Khalil turut mendoakan semoga Khadijah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

Pegawai PKM sedang menunjukkan cara mengendalikan katil pesakit kepada Salbiyana