• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pesakit Wad Kelas Ketiga Terengganu Nikmati Caj Percuma Bermula Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 1 Julai - Pesakit wad kelas ketiga di seluruh hospital kerajaan di Terengganu mula menikmati caj perubatan secara percuma berikutan pelaksanaan manifesto kerajaan negeri berkenaan bermula hari ini.

Dianggarkan kira-kira 1.2 juta rakyat Terengganu akan menerima manfaat pelaksanaan manifesto PAS Terengganu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu.

Terdahulu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak, caj Wad Kelas Ketiga Percuma ini akan melibatkan enam buah hospital iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Hospital Dungun, Hopsital Kemaman, Hospital Setiu, Hospital Besut dan Hospital Hulu Terengganu melibatkan anggaran 1,390 buah katil secara keseluruhannya.

"Kita telah melalui proses yang panjang untuk melaksanakan satu lagi manifesto bagi memenuhi janji kepada rakyat iaitu untuk melaksanakan rawatan kelas ketiga percuma. Alhamdulillah, persiapan kita dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Persekutuan kini dilaksanakan, terima kasih bagi membantu menjayakan program ini di Terengganu," jelasnya.


Tag: