Lebih RM2.4 Bilion Diperlukan Baiki Hakisan Pantai Terengganu
Pesalah Hukuman Sebat Tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Pesalah khalwat berulang, Mohd Affendi Awang, 42, tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Ladang) kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Tertuduh sebelum itu dibawa dari penjara terbuka Marang dengan turut diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.
Difahamkan, tertuduh akan menjalani rawatan kesihatan oleh pasukan Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) di Dewan A'asim masjid berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu yang akan menjalani hukuman enam sebatan di masjid kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.
Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.
Berita lanjut menyusul.