• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Pesara Perlu Libatkan Diri Dengan NGO

KUALA TERENGGANU, 29 Julai- Para pesara yang tidak lagi berkhidmat dengan perkhidmatan awam digesa untuk menyertai badan bukan kerajaan(NGO) atau Persatuan-Persatuan di tempat kediaman 

Mantan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah, berkata aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat penduduk setempat bukan sahaja mampu mengisi masa terluang.

"Malah kita dapat menyumbang sekurang-kurangnya menjadi ahli jawatankuasa masjid selagi kita masih berada di bumi Allah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di  majlis keraian makan tengah hari bersempena persaraannya di Primula Beach Hotel di sini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah serta timbalannya, Riduan Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato Tengku Hassan Tengku Omar.

Sementara itu, Dato Tengku Hassan berterimakasih diatas kerjasama penjawat awam untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan negeri.

"Teruskan kerjasama yang baik ini bersama dengan Pegawai Daerah yang baharu," katanya.


Tag: