Jalur Gemilang
Berita :
Piala YB ADUN Manir: Empat Pasukan Mara Ke Separuh Akhir
Piala YB ADUN Manir: Empat Pasukan Mara Ke Separuh Akhir
Ahmad Mawardi
21 jam yang lepas
150

HULU TERENGGANU, 22 September – Empat pasukan mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala YB ADUN Manir 2026 yang dijadual berlangsung minggu depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Dato’ Harun berkata, kejohanan itu bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi medan mengeratkan silaturahim dan hubungan kemasyarakatan dalam kalangan penduduk setempat.



“Penganjuran kejohanan ini bukan sekadar mencari juara, tetapi turut memberi ruang kepada anak-anak muda mengetengahkan bakat serta mengisi masa dengan aktiviti yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan kejohanan berkenaan di Padang Bola Padang Macang, baru-baru ini.

Empat pasukan yang mara ke separuh akhir ialah Padang Macang FC, Batu Hampar FC, Manir FC dan Beladau Kolam FC selepas melepasi saingan suku akhir.
Kejohanan yang menghimpunkan 13 pasukan terbaik dari dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir itu berlangsung meriah dengan persaingan sengit sejak peringkat liga.

Aksi separuh akhir minggu depan dijangka lebih sengit apabila keempat-empat pasukan berentap bagi merebut tiket ke pentas final.

Para penyokong dan peminat bola sepak tempatan diseru hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing serta memeriahkan lagi kejohanan berkenaan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan