• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

PKM BANDAR TERUS BERKHIDMAT PADA PKP2.0

KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar telah mengagihkan sumbangan berupa barang keperluan dapur melalui Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) untuk diedarkan kepada warga komuniti yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, berikutan lanjutan PKP, ramai rakyat yang terkesan terutamanya dari sudut ekonomi. Justeru, kebajikan mereka sangat perlu diutamakan.

"Hari ini sebagai langkah awal, kita telah mengagihkan sebanyak 200 pek barang-barang keperluan harian melalui 17 JPKK untuk seluruh DUN Bandar.

"Jumlah bantuan akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan berpandukan rekod yang ada pada JPKK masing-masing," masing-masing," katanya.

Sumbangan tersebut adalah hasil dari kempen kesedaran yang dilancarkan akhir Januari lalu oleh Khidmat Malaysia Kuala Terengganu dengan kerjasama DUN masing-masing.

Menurut Ahmad Shah, selain dari pihak PKM sendiri, banyak pihak yang turut menghulurkan sumbangan termasuklah daripada syarikat GLC serta individu perseorangan.

"Terima kasih kepada para penyumbang yang sama-sama meringankan bebanan masyarakat. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang sangat baik dalam membentuk persekitaran komuniti yang sihat," katanya.


Tag: