• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PKM Perlu Jaga Hubungan Dengan Jabatan Kerajaan

KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Hubungan antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dengan Jabatan Kerajaan Negeri perlu dijaga bagi memudahkan serta melancarkan urusan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed meminta semua PKM khususnya di DUN tersebut untuk mengaplikasikan perkara itu agar keperluan masyarakat terjamin. 

"Bertepatan dengan hadith Nabi SAW, 'Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara (menjaga ukhuwah) ', maka saya berharap agar Pegawai di PKM Dun khususnya DUN Bandar menjaga hubungan dalam kerajaan yang kita sama-sama bina dan tadbir hari ini," jelasnya.

Ahmadh Shah (kanan) ketika meraikan Pegawai-pegawai Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika maraikan Penolong Kanan Pentadbiran Tanah, Mohd Rahimie Bin Mohd Ramli dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu selepas selesai tugasan mereka di kawasan Dun Bandar hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ustaz Ahmad Shah juga berharap agar semua yang berada dalam kerajaan tidak hilang fokus memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat walaupun berbeza fahaman politik.

"Kita sama-sama menerajui kerajaan dengan adil dan cekap walaupun berbeza warna politik bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara," tambah beliau.

Pegawai-pegawai Pejabat Tanah Kuala Terengganu bersama Pegawai PKM Bandar (berbaju kuning) ketika sedang bertugas.

 


Tag: