• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

PKP 2.0:Terengganu Inc Laksana Hari Intergriti Secara Maya

KUALA TERENGGANU, 29 Januari– Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) melancarkan Hari Integriti 2021 diperingkat kumpulan secara maya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif mengadakan program ini bertepatan dengan usaha kerajaan membendung wabak COVID-19 yang masih membelenggu seluruh rakyat diseluruh negara. 

"Rasuah merupakan isu kritikal yang merupakan bukan sahaja merupakan kesalahan undang-undang, malah ia juga merupakan kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej negara dimata umum” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Terengganu Inc berkata demikian ketika berucap pada sesi siaran langsung yang dipancarkan menerusi FB Live Terengganu Incorporated, semalam.

Majlis yang  bertemakan ‘Integriti Budaya Kita’ disempurnakan dengan penyerahan buku COBE dan kalendar bertemakan Integriti bagi tahun 2021 oleh wakil Jabatan Pematuhan dan Integriti kepada Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc.

Program yang julung kali diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, turut disertai oleh warga kerja Terengganu Inc
melalui aplikasi zoom.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Ekesutif Terengganu Inc, Burhanudin Hilmi Mohamed berkata, pihaknya sentiasa komited dalam usaha memperkukuhkan integriti dan membanteras rasuah, salah guna kuasa, ketirisan perbelanjaan dan kebocoran maklumat sulit dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. 

"Polisi-polisi yang dibangunkan oleh Jabatan Pematuhan dan Integriti Kumpulan seperti ‘NO Gift Policy’, ‘Code of Business Ethics(COBE)’, ‘Whistle Blowing Policy’, ‘Anti Bribery & Corruption Policy’ dan ‘Sponsorship & Donation Policy’ akan  memantapkan pembudayaan amalan integriti di kalangan anak-anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Terengganu, Tuan Ruslan  Che Amad turut  berkata, usaha yang dibuat oleh Terengganu Inc melalui program pada hari ini dilihat sebagai satu langkah yang baik untuk membendung rasuah dan memantapkan integriti dalam organisasi ke satu aras yang lebih tinggi. 

 

 


Tag: