• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

PKP Atau Tidak Terjawab Petang ini

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Ura-ura mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal terjawab hari ini selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman pada pukul 6 petang.

Langkah itu dipercayai akan dikuatkuasakan susulan kenaikan kes mendadak COVID-19 yang mencatat empat angka setiap hari.

Beberapa tokoh negera menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 khususnya bagi negeri yang dikategorikan sebagai zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Melaka dan Johor.

Pada 10 Januari, jangkitan baharu harian COVID-19 ialah sebanyak 2,433 kes.

Jumlah kematian yang tercatat ialah sebanyak 551 kes, bersamaan dengan 0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 135,992 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes.

Untuk rekod, pelaksanaan PKP bermula 18 Mac hingga 4 Mei lalu itu menyaksikan hampir kesemua sektor dan industri penting negara ditutup.

Akibatnya, negara kehilangan hampir RM22.8 bilion ekonomi pada suku pertama 2020.

 


Tag: