Jalur Gemilang
Berita :
Pok Nik Hasan, Lelaki Berusia 102 Tahun di Jabi Bebas Penyakit
Pok Nik Hasan, Lelaki Berusia 102 Tahun di Jabi Bebas Penyakit
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
70

SETIU, 17 September – Seorang warga emas berusia 102 tahun dari Kampung Tempinis, Jabi di sini membuktikan amalan pemakanan semula jadi dan gaya hidup sihat menjadi kunci utama kepada tahap kesihatan yang luar biasa.

Nik Hassan Nik Man atau mesra dipanggil Pok Nik Hasan, yang dilahirkan pada tahun 1924, disahkan bebas daripada sebarang penyakit kronik malah masih mempunyai daya ingatan yang kuat serta penglihatan yang jelas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, Pok Nik yang kini menetap bersama anaknya merupakan individu tertua di kawasan berkenaan setakat ini.

"Pok Nik yang setahun lebih tua (102 tahun) daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini hanya dibatasi faktor usia lanjut dari segi pergerakan fizikal, namun tahap kesihatannya sangat baik.


"Antara petua yang diamalkannya termasuk tidak mengamalkan minuman ais, minuman bergula mahupun makanan ringan. Beliau hanya mengamalkan minum air kosong dari telaga yang digali sendiri," kata Dr Azman menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan