• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Pok Wel Teruja Terima Geran Tanah

KEMAMAN, 11 Disember - Pok Wel atau nama sebenarnya Mohd Azir Jusoh, 62, gembira kerana menerima geran Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan Fasa Satu Bujal semalam.

Katanya, berkat kesabaran setelah 15 tahun dinafikan hak memiliki tanah akhirnya menemui noktah.

"Alhamdulillah, Pok Wel amat gembira dan berterima kasih kepada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dan juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat yang mewakili kerajaan negeri.

"15 tahun Pok Wel tunggu saat ini dan akhirnya boleh juga geran tanah Bujal ni.

"Kita kena istiqamah dan paling penting adalah sabar dalam setiap apa yang menimpa kita," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Geran RTB Terkilan Fasa Satu Bujal.

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohd Sophian Abu Bakar beserta pegawainya, Pegawai Penyelaras DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh bersama kakitangannya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih, Yang Berhormat Cikgu Ab. Razak Ibrahim.

Majlis Perasmian oleh YB Hj. Hanafiah Mat.

Majlis tersebut diadakan di Kampung Desa Makmur Bujal dengan dihadiri 72 orang peserta..

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasan Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang mewakili Menteri Besar Terengganu.

Tetamu dan para peserta RTB Terkilan Bujal

 


Tag: