• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Polis Nafi Laksana PKPD Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Roslee Chik tampil membetulkan fakta radio yang tular berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pagi tadi.

Jelasnya, audio yang mengesahkan bandar raya Kuala Terengganu akan dikenakan PKPD sebenarnya tidak betul.

"Setakat ini, belum ada lagi perintah PKPD diputuskan. Apa yang berlaku ialah kita hendak mengurangkan jumlah kenderaan masuk ke bandar yang masih banyak, disebabkan itu banyak sekatan jalan raya yang dilaksanakan," katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Beliau turut menambah, larangan keluar selepas jam lapan malam perlu difahami dengan jelas oleh rakyat.

"Sebenarnya, larangan tersebut adalah bagi sebarang bentuk perniagaan kecuali farmasi dan stesen minyak di laluan utama.

"Tiada sekatan untuk keluar selepas jam lapan malam dan ke atas, tetapi kita galakkan masyarakat duduk di rumah sekiranya tiada apa-apa keperluan bagi mengelakkan penularan pandemik ini semakin parah," katanya.


Tag: