• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Polis Nasihat Rakyat Kekal Bertenang

KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menasihati orang ramai supaya kekal tenang berdepan situasi pergolakan kepimpinan negara.

"Dari segi ketenteraman awam, kita dapati tidak timbul sebarang isu dan pihak Polis berharap orang ramai kekal bertenang dan menunggu apa keputusan yang akan dibuat di peringkat parlimen nanti.

"Manakala, di peringkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kami sentiasa siap sedia dalam menghadapi sebarang situasi.

"Kita juga mungkin akan mengetatkan pelepasan cuti bagi memastikan tahap kesiapsiagaan terus ditepati," katanya.

Datuk Seri Acryl menemui salah seorang pesara, Sarjan (B) Jali Dawi, di kediamannya di Seberang Takir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerjanya ke Terengganu, di Seberang Takir hari ini.

Dalam program tersebut, beliau mewakili PDRM turut menziarahi pesara-pesara polis di negeri itu.

"Saya mengambil kesempatan menziarahi pesara yang pernah berkhidmat bersama saya ketika bertugas pada 2006, di sini.

"Kita berikan sedikit sumbangan bagi merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat selain untuk kita sama merasakan kesulitan yang dihadapi pada masa ini," katanya.


Tag: