• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Polis Terengganu Lupus Dadah RM1.5 Juta

KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Terengganu menyerahkan sejumlah barang kes narkotik bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kualiti Alam Sdn. Bhd. untuk dilupuskan. 

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Roslee Chik berkata, dadah pelbagai jenis tersebut merupakan barang rampasan terkumpul Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri berkenaan sepanjang tahun 2018 dan 2019.

"Barang kes yang dilupuskan ialah metaphetamin (pil kuda) sebanyak 6,778 gram, syabu (4,239 g), heroin (3,188 g), ganja (5,459 g), ubat batuk (2,117 liter), daun ketum (308 kilogram), cecair ketum (1,048 liter), Nimetazepam(aramin5) sebanyak 347 g dan estacy (21 g).

"Jumlah ini, keseluruhannya melibatkan sebanyak 3,602 kertas siasatan dan telah mendapatkan perintah mahkamah untuk dilupuskan," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik Untuk Program Pelupusan Barang Kes Narkotik Terengganu Tahun 2020 di ibu pejabat kontinjen Terengganu, hari ini.

Roslee turut memaklumkan, sepanjang tahun 2020, JSJN Terengganu telah menunjukkan kemampuan apabila berjaya mendapatkan rampasan dadah bermula Januari sehingga Oktober dengan nilai keseluruhan lebih RM3 juta.

"Ini merupakan peningkatan kes dengan nilai lebih 100 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya.

 


 


Tag: