• 21 Sept 2024 | 17 Rabiul Awal 1446

Potensi Sukan Ekstrim 4x4 Di Terengganu

Wan Sukairi melepaskan peserta kejohanan sukan lasak Ranggok Challenge 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Oleh: Wan Luqman Hakim

MARANG, 11 November - Sukan lasak perlumbaan pacuan empat roda, Ranggok Challenge 2018 berpotensi menjadi sukan pelancongan yang mampu menarik pelawat ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara tahunan itu sentiasa ditunggu-tunggu peminat sukan ekstrim terutama kelab pacuan empat roda atau 4x4 dari dalam dan luar negara.


"Sukan ini juga dapat merancakkan lagi ekonomi Terengganu ini apabila meningkat tempahan chalet-chalet dan kedai-kedai (perniagaan) di Terengganu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ranggok Challenge 2018 di Litar Lasak Gong Cempedak, di sini, kelmarin.

Kejohanan sukan lasak itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Ranggok Adventure Sport Club yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Razali Idris.


Sebanyak sembilan pasukan dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan dua hari bermula 9 November lalu, pada kali ini.

Wan Sukairi berharap program itu mampu memberi peluang kepada anak muda di seluruh Terengganu melibatkan diri dalam program yang bermanfaat dan mengelak dari gejala yang tidak sihat.

Add caption

Tag: