• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

PPRT Kampung Jetit Dipertimbang Tukar Kepada Hak Milik


Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG -Selepas 18 tahun menjadi penghuni di kawasan perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Bukit Jetit, kerajaan sedang menimbang untuk menukar status kediaman itu sebagai hak milik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kerajaan negeri akan mengusahakan supaya tanah serta rumah yang sekian lama didiami itu diubah kepada hak milik masing-masing.

"Masalah yang dialami oleh penduduk di kampung ini, apabila membuat ubah suai atau membaiki rumah mereka dengan tiada peruntukan oleh kerajaan dan rumah serta tanah tersebut bukan hak milik." Ujar beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika majlis dialog soal jawab hal semasa dengan penduduk kampung tersebut sempena Program Sehari Bersama Yang Berhormat serta Membuat Bubur Asyura, di kampung itu, semalam.


Menurut Sulaiman, beliau akan menyokong dan akan menimbang permohonan yang belum diselesaikan oleh kerajaan terdahulu walaupun setelah sekian lama memerintah.

Selain itu, beliau juga sempat menziarahi beberapa buah rumah di kampung itu sambil menyampaikan sumbangan hamper makanan.




Tag: