• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

PPS Bukit Besi Ditutup

DUNGUN, 29 November- Tiga Pusat Pemindahan sementara (PPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah ditutup kira-kira 12 tengahari, hari ini melibatkan Dewan Serbaguna Kampung Minda, Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, PPS yang mula dibuka pada Jumaat lalu dengan menempatkan 105 buah keluarga dengan jumlah 339 mangsa.

"Dimana ketiga-tiga PPS berkenaan telah diarahkan tutup memandangkan air telah kembali surut dimana paras sungai di Pasir Raja, Kuala Jengai dan Jambatan Jerangau telah kembali ke paras normal.

"Diharapkan cuaca baik ini berterusan. Sekarang ini apabila PPS telah ditutup masing-masing akan pulang ke rumah dalam keadaan rumah sudah tentu didalam keadaan berlumpur, kotor dan sebagainya.

"Insya Allah di peringkat kita dibantu badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya akan melakukan kerja-kerja pasca banjir dengan bergotong royong membersihkan rumah penduduk dengan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dipatuhi dengan sebaik-baiknya," ujarnya ketika ditemui pihak media, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pelbagai pihak telah tampil memberi pelbagai bantuan sepanjang tempoh berkenaan.

"Diantara yang telah turun padang menyantuni mangsa-mangsa banjir ialah Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Dato' Siti Zailah Yusoff yang telah mengadakan kunjungan petang semalam, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli bersama isteri, Pengerusi KHIDMAT Malaysia Cawangan Dungun, Alias Harun.

"Serta semua agensi dan jabatan yang terlibat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pegawai Daerah Dungun, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatatan Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, sukarelawan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seluruh pihak samada terlibat secara lansung atau tidak lansung  yang telah menghulurkan bantuan berupa kit makanan, sokongan dari sudut moral dan sebagainya bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa ini terjaga serta tempoh sepanjang berada di pusat pemindahan ini berada didalam keadaan yang baik " ujar beliau.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan tiada berlaku perkara di luar jangka serta tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, malah bencana berkenaan telah dapat diurusan dengan baik oleh semua pihak yang terlibat.


Tag: