• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Presiden PAS Positif COVID-19

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disahkan positif COVID-19 hari ini.

Menerusi perkongsian anaknya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Facebook, Utusan Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Ayahanda hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik sahaja.

"Bersama kita doakan kesihatan ayahanda Tuan Guru agar diberi kesembuhan segera," katanya sebentar tadi.


Tag: