• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Program 10,000 Langkah Tarik Lebih 1,000 Penyertaan


KUALA NERUS, 15 Mac - Lebih 1,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading menyertai program 10,000 Langkah Bersama YB bertempat di Kampung Jeram, DUN Buluh Gading, pagi tadi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, matlamat utama program ini bagi menggalakkan masyarakat dan rakyat supaya mengambil berat soal kesihatan serta memperbanyakkan bersukan dalam kehidupan seharian.

"Program-program seperti ini perlu disertai oleh semua lapisan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan kuat.

"Sesungguhnya, Allah SWT lebih menyayangi orang Islam yang kuat dan sihat," ujarnya ketika ditemui pada program berkenaan.


Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Alias Razak yang juga  ADUN Bukit Tunggal dan ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Buluh Gading.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat.






Tag: