• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Program Kacau Bubur Asyura Rapatkan Ukhuwah

DUNGUN, 19 September - Program Gotong-Royong Bubur Asyura yang dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sura Melati, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Melati dan Surau Al Ansar Jalan Melati berjaya merapatkan ukhwah di antara penduduk kampung.

Pengerusi MPKK, Haji Azahar Mohammad berkata, program itu disertai oleh mereka yang berbeza pandangan politik. 

“Kita berharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Biarpun berbeza pandangan politik namun umat Islam seharusnya bersatu hati membina negara ini semula,”ujarnya. 

Sementara itu, Pengerusi KRT, Mohd Amran Che Mood berkata, beliau sangat gembira kerana program tersebut mendapat sambutan orang setempat.

“Saya sangat gembira dengan penerimaan warga Jalan Melati yang turun bergotong-royong menyiapkan bubur asyura. 

Sebanyak empat kawah kami sediakan dimana bermula awal pagi dan siap jam 1 petang,” katanya

Program ini dilaksana bagi memupuk semangat kemasyarakatan bersama penduduk kampung.


Tag: