• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Program Komuniti Satukan Masyarakat Pelbagai Kaum

KEMAMAN, 13 Disember - Program komuniti yang dianjurkan di kawasan masyarakat majmuk mampu menjadi medan terbaik dalam menyatukan kepelbagaian agama, kaum dan budaya. 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha ke arah itu melalui kerjasama dengan badan-bdan berautoriti.  

"Kerajaan negeri bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu sentiasa meraikan kepelbagaian dalam masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan seumpanya.

"Hari ini kita bersama-sama menjayakan program Gotong-Royong Perdana Muafakat Perpaduan Daerah Kemaman di mana kita membersihkan persekitaran Taman Bersekutu, Taman Muhibah dan juga kawasan-kawasan sekitarnya.

"Saya melihat program yang diadakan hari ini sangat meriah," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Cukai) kepada pemberita ketika dihubungi, kelmarin.

Dalam program berkenaan, pelbagai aktiviti diadakan seperti senaman Tai Chi, pameran dan taklimat COVID-19, cabutan bertuah, jamuan dan lain-lain acara yang berlangsung di Dewan Komuniti Cina Kemaman.

Dianggarkan lebih 200 peserta terdiri daripada pelbagai lapisam u,ur dan agama hadir memeriahkan program.

Hanafiah turut menyampaikan sumbangan  berbentuk wang tunai, beras dan barangan dapur kepada 50 orang warga Tionghua dan 40 orang pekerja pembersih kontrak .

Program tersebut merupakan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Chukai Care dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).


Tag: