• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Projek Gagal Diwarisi Kerajaan Terdahulu

Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh didakwa sebagai antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.

Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh, Kemaman didakwa antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek yang bertujuan bagi m
erealisasikan matlamat menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluar kambing terbesar negara dalam 10 hingga 15 tahun akan datang itu, melibatkan 20 hektar tanah, lima unit kandang, rumah penternak dan pejabat serta stor baja.



"Pada September ini, perjanjian dengan syarikat yang gagal kita akan tamatkan untuk kita mulakan satu perancangan baru.

"Infrastruktur penternakan yang dibina menggunakan puluhan juta wang rakyat tidak sewajarnya terbiar dan rosak begitu sahaja,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.





Untuk rekod,  Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menswastakan projek Lembah Kaprima kepada lapan anak jati negeri melibatkan Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, Kampung Chabang, Kerteh (Kemaman), Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gaduh (Marang) dan Mengabang Bakong (Kuala Nerus).

Projek berkenaan yang bermula sejak 2006 peringkat pelaksanaan fasa ketiga (2015) selepas melaksanakan fasa pertama dan kedua iaitu penyediaan infrastruktur berjalan lancar.

Kerajaan negeri ketika itu juga membelanjakan lebih RM13 juta untuk penyediaan infrastruktur seperti jalan dan kandang untuk ternakan kambing berkenaan. Selain itu, projek berkenaan turut diswastakan kepada pengusaha dalam bentuk sewaan kandang yang mana setiap lembah kaprima mempunyai lima kandang dan setiap kandang disewa dengan harga RM200 sebulan.


Tag: