• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

PSMZA Sasar Kumpul 300 Beg Darah

DUNGUN, 6 April - Sebanyak 300 beg darah disasar untuk dikumpulkan dalam Program Derma Darah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang merupakan acara rutin  pusat pengajian tersebut.

Pengarahnya, Ahmad Fikri Ismail berkata, kebiasaannya berdasarkan program yang diadakan sebelum ini ia melepasi sasaran yang dibuat oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). 

"PSMZA adalah diiktiraf sebagai penderma aktif dalam kalangan IPTA di Terengganu," katanya.

Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail 

Fikri berkata demikian ketika meninjau program anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSMZA dan HSNZ yang diadakan di Dewan Dagang di sini. 

Program dwi tahunan itu adalah program wajib setiap semester dan berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 April.

Beliau cukup teruja kerana program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pelajar dan kakitangan serta komuniti sekitar PSMZA.

"PSMZA akan sentiasa memberi kerjasama kepada HSNZ dalam kolaborasi yang sedia terjalin sejak sekian lama," katanya lagi.


Tag: