• 07 Dis 2021 | 2 Jamadil Awal 1443

PSMZA Sedia Lapan Bas Untuk Pelajar Balik Kampung Sempena Aidilfitri

DUNGUN, 9 Mei- Bersempena cuti semester dan Aidilfitri tidak lama lagi, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menyediakan lapan buah bas untuk membawa pelajarnya pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, bas tersebut adalah daripada PSMZA dan turut disewa bagi melancarkan proses menghantar pulang pelajar seramai 200 orang. 

"Mereka yang merentas negeri akan menaiki bas untuk pulang ke kampung dengan seorang pensyarah pengiring, manakala yang tinggal dalam Negeri Terengganu, ibu bapa akan datang untuk membawa pulang anak-anak mereka," jelasnya ketika dihubungi di sini. 

Sementara itu Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail turut meluangkan masa meninjau kepulangan pelajar menaiki bas dan mengucapkan selamat jalan. 

"Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga keselamatan dan patuh dengan arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19,” pesannya.


Tag: