• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Puas Hati dengan Perkhidmatan Wakil Rakyat Terengganu- Ahmad Razif

Ahmad Razif melayan tetamu Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Terengganu, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim 
 
UMNO Terengganu berpuas hati dengan perkhidmatan setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang ditempatkan untuk menjaga kawasan masing-masing.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BUPNT), Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan mampu mengagihkan peruntukan untuk keperluan sepatutnya khususnya untuk kebajikan masyarakat setempat.

Katanya, pelbagai program dilaksanakan sejak dulu lagi  untuk  rakyat di kawasan masing-masing dan jumlah kehadiran masyarakat setaip kali penganjuran program juga sangat memuaskan.


“’Melihat keadaan itu, saya yakin dan menaruh harapan tinggi bahawa UMNO Terengganu tidak ada masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sekiranya berlaku pada bila-bila masa.

“BN  sentiasa bersiap sedia menghadapi tentangan sengit  PAS dan  pendatang baru iaitu Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya turut bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menhadiri Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Terengganu, di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu, hari ini

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong

Hadir sama,  Setiausaha BUPNT, Dato' Muhammad Pehemi Yusof dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar.


Kira-kira 10,000 pengunjung hadir pada majlis yang bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang.


Pelbagai juadah disajikan, termasuk nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, sate, laksa Terengganu dan beberapa menu istimewa lain.

Tag: