• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Pusat Kuarantin, Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 Diaktifkan

KUALA TERENGGANU, 10 Januari – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengaktifkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kolej Kejururawatan, Kuala Terengganu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, langkah itu dibuat susulan peningkatan ketara kes positif yang melibatkan individu tidak bergejala dan bergejala ringan.

"PKRC ini yang mula dibuka semalam dan telah menempatkan seramai enam orang pesakit COVID-19 berisiko rendah yang dikuarantinkan selama 10 hari bagi mengelakkan daripada penularan bertambah.

“Pembukaan dibuat secara berfasa dengan kapasiti maksima sebanyak 150 buah katil. Kapasiti bagi permulaan ini adalah sebanyak 58 buah katil yang kemudian akan ditambah secara berperingkat.

“Pengoperasian PKRC ini diletakkan di bawah Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan bantuan tenaga kerja dari hospital-hospital di negeri Terengganu, jadi elakkan daripada menjadi penyebab tambahnya beban kepada ‘frontliners’ yang banyak berkorban untuk kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) ILKKM, Terengganu di Kolej Kejurawatan di sini.

Hadir sekali, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus.

Menurut Dr Alias, sehingga kini sebanyak enam 'Home Surveilance Centre (HSC)' atau Pusat Kuarantin dibuka.

“Empat HSC berkenaan adalah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Marang, Institut Pendidikan Guru (IPG), Batu Rakit, Akademik Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Marang, Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILIM), Besut, Pusat Latihan dan Pembungan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Wakaf Tapai dan Darul Iman Training Center (DITC), Kemaman.

“Sehingga 9 Januari 2021, seramai iaitu 482 Person Under Surveillance (PUS) atau belum positif lagi, masih di kuarantin bagi tujuan pengawasan dan pemerhatian.

“Individu yang diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian kerana mempunyai risiko jangkitan COVID-19 dan dikuaratin selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan bagi memastikan selamat sebelum discaj,” ujarnya.