• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Raikan Budaya Masyarakat Majmuk

DUNGUN, 1 Oktober - Parti Islam SeMalaysia(PAS) sentiasa meraikan budaya masyarakat majmuk pelbagai agama yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dungun, Serena Lim Abdullah berkata pendekatan tersebut berjaya menghilangkan rasa kurang selesa di kalangan mereka terhadap parti tersebut. 

"Kali ini Lembaga Perpaduan Nasional dengan kerjasama Ahli Parlimen Dungun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Penyelaras DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) di Daerah Dungun bersama-sama mengedarkan kuih bulan ke setiap rumah dan kedai milik kaum Tionghua di sini," katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini. 

Menurut beliau yang juga berbangsa cina itu, pihaknya juga turut mengedarkan tanglung ke tiga buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang terdapat di Dungun. 

" Hampir 300 lebih tanglung kita edarkan kepada setiap orang murid di sekolah rendah cina dan kita serahkan kepada pihak sekolah untuk diedarkan kepada mereka kerana kita mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya lagi. 


Tag: