• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Rakyat Adalah Amanah - Azbi Salleh

Azbi Salleh mendekati kanak-kanak yang menderita sakit kronik.
Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT - Rakyat adalah amanah kepada pemimpin yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kerajaan akan berusaha memastikan beban dan masalah rakyat dapat dikurangkan.

"Rakyat memberi amanah kepada kita dengan kuasa yang ada supaya kita dapat menjaga dan membela nasib mereka.

"Justeru, kita tidak boleh buat acuh tidak acuh dengan masalah dan bebanan yang dihadapi oleh rakyat kerana rakyat adalah tanggungjawab kita," ujarnya.


Beliau berkata ketika demikian ketika ditemui pemberita semasa menziarahi pesakit-pesakit kronik di Kampung Alor Jejawi, Kampung Tok Saboh dan Kampung Lay Out Tok Saboh, semalam (18 September).

Azbi Salleh turut menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Rata-rata pesakit yang ditemui menghidap penyakit kronik yang memerlukan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban ahli keluarga mereka.


Turut hadir dalam ziarah tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Jejawi, Mohd Seli dan Pengerusi MPKK Kampung Lay Out Tok Saboh, Hafiz Yusoff.



Tag: