• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

'Rakyat Terengganu Perlu Sokong BPIS Sepenuhnya'

KUALA TERENGGANU, 21 Februari- Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru rakyat di negeri Terengganu supaya menyokong penganjuran Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) yang dianjurkan kerajaan negeri.

"Bagi saya, kedua-duanya betul. Ia (solat) berunsur peribadi disamping itu, merupakan peri pentingnya sebuah negara yang bersolat, sebab itu pemimpin yang bersolat adalah pemimpin yang utama dan teladan kepimpinan tersebut diturunkan kepada kakitangan, pelajar-pelajar, dan rakyat jelata di seluruh negeri. 

Pengarah Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah menyerahkan baju Jom Solat Berjemaah sebagai simbolik BIPS kepada Dr. Zulkifli.

"Saya menyokong penuh usaha menghidupkan BPIS, bahkan kita perlu menghayati dan menunaikannya. Kedua-duanya dilaksanakan kerana ini bukan bersifat peribadi lagi sebab kita disuruh berjemaah, disuruh mengimarahkan masjid dan surau yang mana ia sangat bertepatan dengan slogan serta misi-misi yang ingin dicapai oleh negeri Terengganu," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program BPIS di Wisma Darul Iman, hari ini.

Jelasnya, BPIS bukanlah semata-mata program yang perlu dihadiri dan habis begitu sahaja.

"Untuk kita ia bukan sekadar program, tetapi kita menghidupkannya sepanjang masa sebab solat ini bersifat harian. Cuma, momentumnya kita ambil dari bulan ini sebagai melonjakkan lagi semangat dan pengimarahan kita kepada masjid serta penghayatan bulan solat ini.

"Program dan kempen BPIS amat baik, dan perlu diberi sokongan sepenuhnya. Semoga negeri ini akan makmur dengan ibadah solat sebanyak-banyaknya," katanya.

 

 

 


Tag: