• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Rakyat Teruja Menteri, Timbalan Sumbang 3 Bulan Gaji

KUALA NERUS, 1 Jun – Pengumuman Pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan bernilai RM40 bilion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberi kegembiraan kepada rakyat.

Langkah Menteri dan Timbalan Menteri pula yang menyumbangkan gaji tiga bulan ke  Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19 mendapat pujian ramai.

Peniaga ikan, Ariffin Ahmad, 28 berkata, beliau menyambut baik pengumuman PM bahawa semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan.

“Tindakan itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan  akibat penularan wabak COVID-19.

"Ia juga sebagai langkah berani kerajaan dan menjawab seagala tohmahan yang diberikan kepada mereka selama ini, kita harap ramai lagi pihak bermurah hati untuk menyumbang gaji dalam tempoh sukar ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, pengumuman untuk menyalurkan bantuan tunai kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 dan ke atas sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 sebanyak RM300 melegakan ramai pihak.

Bagi Khairiah Mansor, 28, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan terhadap rakyat ketika dilanda wabak COVID-19.

“Pengumuman pertambahan bantuan prihatin rakyat (BPR) merupakan satu berita gembira buat semua. moga bantuan ini dapat membntu sedikit sebanyak golongan yang terjejas.Terima kasih abah,“ jelasnya.

Dalam pada, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab ketika dihubungi berkata, pengumuman tersebut tepat pada waktunya memandangkan semua rakyat tertanya-tanya apakah bantuan yang diberikan selepas pengumuman ‘Total Lockdow’.

“Saya pergi mana-mana semua soalan sama sahaja, ada bantuan daripada kerajaan tak.

“Daripada pihak Pusat Khidmat Masyarakat saya ada dan biasanya barangan dapurlah,” ujarnya lagi.


Tag: