• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Rangka Dakwah Kepada Bukan Islam - Mohd Nor Hamzah


KUALA TERENGGANU, 9 November - Rangka kerja dakwah kepada bukan Islam sedang diperkukuhkan dengan kerjasama beberapa NGO dan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau sedang berbincang dengan beberapa NGO dan lajnah tersebut untuk melebarkan dakwah kepada orang bukan Islam.

“Orang bukan Islam di Terengganu tidak terlalu ramai, namun kita akan tetap menjalankan kerja dakwah ini dengan tersusun dan berkesan insya-Allah,” jelasnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian selepas program Taklimat Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai, semalam.

Oleh itu kata Ustaz Mohd Nor, beliau mahu memperkemaskan hubungan dengan Persatuan Muslim Cina, Persatuan India Muslim dan Pejabat Agama serta orang Asli beragama Islam.

Tambahnya, ianya bertujuan supaya keyakinan mereka kepada Islam bertambah, berterusan, malah lebih kukuh dari masa ke masa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penerangan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Haji Sazali Mohd Noor, Penolong Pengarah Penerangan UPDI,
Mohamad Aswadi Mohamad, Ketua DMPNT, Hajah Zarani Othman, Ketua Penerangan DMPNT dan Hajah Maznah Muftahuddin.

Tag: