• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Rantau Abang Kumpul RM122, 585 Untuk Dana Palestin

DUNGUN, 25 Mei- Sebanyak RM122, 585 telah berjaya dipunggut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, hasil sumbangan pelbagai kelompok masyarakat yang bersimpati dan prihatin dengan kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata,  punggutan yang dikumpulkan tidak sampai dua minggu itu mengambarkan mereka juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk bersama-sama rakyat Palestin melawan Yahudi Zionis Laknatullah dengan menyumbangkan harta yang mereka ada. 

"Terima kasih kepada penyumbang di DUN Rantau Abang yang terdiri daripada pelbagai kelompok bukan sahaja daripada PAS cawangan-cawangan tetapi juga masyarakat awam yang terpanggil apabila melihat dari media - media sosial, kekejaman Yahudi Zionis Laknatullah itu tiada berkesudahan, berpanjangan sekian lama. 

 "Sehingga bayi yang baru lahirpun, seawal kelahiranpun sudah mendengar bedilan dan tembakan peluru - peluru," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi ziarah beliau di Kampung Kuala Abang di dino, baru- baru ini.

Alias turut memaklumkan bahawa sumbangan masih diterima daripada orang ramai dan pihaknya akan terus mengumpulkan untuk fasa kedua dan seterusnya. 

"Saya menyeru agar masyarakat ambil peluang untuk menyumbang kerana menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membela rakyat Palestin dan seterusnya membebaskan bumi Palestin kembali semula ke tangan orang-orang Islam," katanya lagi. 


Tag: