• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Rebat RM2,250 Sambung Pengajian di TESDEC

KUALA TERENGGANU, 5 November - Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) menyediakan rebat sebanyak RM2,250 kepada pelajar yang mengikuti program pra-diploma sijil Sains untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam mana-mana program di institusi tersebut.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TESDEC, Sulaiman Sulong berkata, hal ini membuktikan TESDEC memberi sepenuh galakan kepada lepasan sijil khususnya anak Terengganu untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"TESDEC adalah satu nilai harga yang mesti dikembalikan kepada masyarakat sebagai sebuah institusi untuk semua orang mempelopori minat dan kemahiran baharu termasuk golongan belia dan warga berusia.

"Misi TESDEC ialah untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, berkeyakinan dan berketerampilan menjadi pemangkin kepada kebolehpasaran dalam industri.

"Ini kerana katanya TESDEC bukan sahaja memberi penekanan terhadap keupayaan teknikal tetapi juga ciri-ciri lain termasuk pembangunan sahsiah dan kemahiran interpersonal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Konvokesyen ke 5 TESDEC di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Mohd Iskandar Muhammad Aziz, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej TESDEC, Prof Madya Dr Berhanundin Abdullah, Ketua Eksekutif Kolej TESDEC, Mat Azam Husain.

Sementara itu seramai dua orang graduan menerima baucer pengecualian yuran (rebat) dari TESDEC termasuk Aziz Mat Yusoff dan Nabilah Huda Mustaffa masing-masing dari program Diploma Kimpalan.


Tag: