• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Rejab : Latih Diri Hadapi Ramadan

KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Rejab merupakan bulan haram dalam Islam dan ia juga menjadi medan umat Islam melatih diri sebelum datangnya Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata bulan Rejab sangat sesuai untuk meningkatkan amalan kepada Allah.

"Antara amalan yang disarankan ialah seperti membaca Al-quran, berpuasa dan solat sunat dan bersedekah.

"Perbanyakkan amalan di bulan Rejab. Biasakan diri kita dengan membaca al-quran, berpuasa dan sembahyang (sunat) serta perbanyakkan sedekah. Selain ia mendapat pahala di sisi Allah SWT.

"Kita perlu membuat persiapan untuk diri kita sebelum bertemu bulan Ramadan yang dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai ganjaran," beliau berkata demikian ketika melakukan aktiviti ziarah ke kelas pengajian al-quran di Kampung Tok Ku di sini.

 

Ahmad Shah (berbaju putih) ketika turun ziarah di Kampung Tok Ku.

Tambah Ustaz Ahmad Shah, umat Islam turun disaran mengamalkan doa yang diajar oleh para ulama untuk dipertemukan dengan bulan Ramadan.

"Selalulah berdoa dengan menyebut ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaban dan sampaikanlah kami kepada Ramadan’, walaupun ianya bukanlah doa yang dilafazkan oleh Nabi SAW, namun ia sangat baik untuk diamalkan.

 


Tag: