• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Remaja Mengidap Kanser Tulang Terima Sumbangan

KUALA TERENGGANU, 14 September – Muhammad Amirin Sofi, 18, remaja yang menderita sakit kanser tulang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Dalam kunjungannya ke kediaman remaja berkenaan, baru-baru ini beliau menyatakan kesediaan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk untuk membantu melalui sumber yang ada dan setakat ini pusat khidmat DUN telah menyerahkan sumbangan segera bagi membantu keperluan Muhammad Amirin.

“Beliau kini memerlukan khidmat doktor pakar untuk menjalani pembedahan di bahagian lutut dan insya-Allah, kami di pihak DUN akan membantu sebaik mungkin bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga,” kata Muhammad Khalil kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

 

 

 

Ibu remaja terbabit memaklumkan, kanser tulang itu telah ‘memakan’ tulang beliau setiap hari dan memerlukan pembedahan yang segera. Muhammad Amirin Sofi bakal menjalani pembedahan pada Oktober nanti di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.