• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

'Ride To Air Terjun Lubuk Kain' Kumpul 170 Anak Muda



Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 25 Februari- Program 'Ride To Air Terjun Lubuk Kain' yang diadakan selama dua hari bermula Jumaat lalu di Kampung Shukor Hulu Terengganu berjaya mengumpulkan 170 anak muda.

Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Ahmad Aminuddin Mohamed berkata, ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan lokasi berkenaan dipilih kerana ianya amat sesuai untuk diadakan aktiviti 'brain storming', 're-treat', Mukhayam, dan sebagainya.

"Kita juga turut membuat aktiviti kebajikan bersama penduduk setempat dengan bergotong royong membersihkan tempat perkelahan ini.

"Termasuk bersama-sama membersihkan juga kubur, surau dan masjid sekitar kampung ini," katanya ketika ditemui pemberita pada program berkenaan.

Sementara itu Ahmad Aminuddin berkata, anak muda perlu melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan.

"Supaya kita dapat kumpulkan tenaga anak muda ini agar aktif di peringkat cawangan masing-masing dengan program diatur kerajaan.

"Serta boleh menyampaikan hasrat kerajaan kepada anak muda yang lain, supaya golongan ini sedar bahawa kerajaan sangat memfokuskan tentang mereka (anak muda),"ujarnya.


Tag: