Berita :
RM37,500 Diagih Untuk Penduduk Mukim Hulu Besut
RM37,500 Diagih Untuk Penduduk Mukim Hulu Besut
Rohayati Ripin
1 jam yang lepas
56

KUALA TERENGGANU, 15 Mac – Seramai 500 penduduk di Mukim Hulu Besut menerima sumbangan bakul makanan bernilai keseluruhan RM37,500 menerusi program kebajikan yang dilaksanakan sempena Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada penerima dari setiap kampung bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, petang ini saya berpeluang berbuka puasa bersama penduduk Mukim Hulu Besut di Masjid Felcra Keruak. 

"Dalam kesempatan ini juga kita mengagihkan bakul makanan kepada penerima dari setiap kampung.

“Mudah-mudahan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan sedikit beban mereka, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh rahmat ini,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sebanyak 20 buah rumah akan diziarahi setiap hari sepanjang dua minggu ini bagi menyampaikan bantuan makanan kepada golongan miskin di kawasan berkenaan.

Selain itu, pihaknya juga menyediakan kira-kira 100 bungkus nasi melalui program Singgah Sahur yang diagihkan kepada petugas di hospital, balai polis, sekolah dan pengawal keselamatan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertugas pada waktu malam.

Program tersebut dilihat sebagai usaha berterusan bagi memastikan kebajikan masyarakat setempat terus terbela di samping menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan