• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Sakit Bukan Alasan Tinggalkan Solat

KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Sempena Tahun Semarak Dakwah 2022, Kerajaan Terengganu mengadakan satu program berkaitan ruksah solat bagi memastikan setiap individu tidak meninggalkan ibadah wajib itu dengan sengaja

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata program 'Ruksah Dalam Solat Satu Jalan Keluar' dapat mengembalikan semula kesedaran masyarakat untuk kewajipan itu walaupu berdepan halangan disebabkan pandemik dan penyakit.

“Kerja dakwah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menjadi umat yang baik di sisi Allah, serta mengundang rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

“Di samping itu, kerja dakwah ini dilaksanakan untuk menyekat dan menghalang bala musibah yang berlaku dalam masyarakat kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaani di Hospital Sultanah Nor Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) Negeri Terengganu, Datin Dr Siti Hajar Daud dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah.  

Mohd Nor turut gembira atas program yang dilaksanakan berikutan ia mendapat kerjasama baik  daripda semua pihak.

Beliau berharap program sedemikian dapat berterusan untuk membantu menyebarkan kerja dakwah serta dapat memberi manfaat kepada semua golongan.


Tag: