Berita :
SALAM Hospital Sambut Inisiatif Kesedaran Kanser di Terengganu
SALAM Hospital Sambut Inisiatif Kesedaran Kanser di Terengganu
Mohd Irsyadi Abu Bakar
4 jam yang lepas
82

KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Ketika ramai orang memperkatakan tentang Terengganu Marathon, ada satu lagi acara larian yang memberi kesan mendalam kepada kira-kira 250 ribu pesakit kanser di Malaysia, turut berlangsung di Terengganu baru-baru ini.

Run For Gold anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) oleh aktivis kanser, Lim Shyang Guey sempat berhenti di Kuala Terengganu sebagai salah satu 'torch relay' bagi melengkapkan larian sejauh 2,200 kilometer dalam usaha mengutip dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang memerlukan.

Lebih menarik, SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu muncul sebagai pihak yang menyambut usaha berkenaan.

Menurut Pengurus Besarnya, Norfarihan Ramli, pihaknya mengangkat inisiatif tersebut kerana program berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada pesakit-pesakit kanser serta usaha meningkatkan pembiayaan bagi membantu para pesakit yang kurang berkemampuan.
"Kita hendak bagi 'awareness' kepada masyarakat kita, supaya (mereka tahu) kita ada bersama dengan mereka.

"Maksudnya, bukan sekadar dia sakit seorang-seorang, tetapi kita sekeliling ini, kitalah sebenarnya yang perlu 'support'.

"Tak kisahlah kita ini adalah doktor ke, kita ini adalah institusi yang menyediakan kelengkapan untuk rawatan kanser ke, ataupun kita adalah keluarga," katanya.

Mengulas kesediaan pihaknya sebagai satu institusi perubatan swasta terhadap usaha tersebut, Nurfarihan memaklumkan bahawa ia bukanlah program tanggungjawab sosial (CSR) pertama yang dilakukan.
Jelasnya, SALAM Specialist Hospital sebenarnya sudah bekerjasama dengan NCSM selama lapan tahun.

"Dalam tempoh lapan tahun itu, ini baru kali pertama kita rancang larian ini dan ia yang pertama dibuat dalam tempoh 60 tahun (usia NCSM) dalam negeri Terengganu, mereka 'suggest' SALAM Specialist Hospital dan kita alu-alukan.

"Walaupun kita adalah swasta, tapi kita pun sebenarnya banyak program-program CSR yang kita sertai. Ya, ini pun adalah satu program CSR pihak kerajaan.

"Perkara itu secara holistik di mana orang kata daripada pintu depan kami ini, apabila kita tahu ini adalah golongan yang dah ada dalam golongan (pesakit), kita tahu dia adalah 'fast lane', dan dia yang kita perlu titik beratkan," katanya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan