• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Santuari Kelah Tasik Kenyir Ditutup Sementara

 

KUALA TERENGGANU, 15 Oktober- Santuari Kelah Tasik Kenyir akan ditutup kepada orang ramai bermula Jumaat ini hingga akhir Februari tahun hadapan.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa  berkata penutupan awal ini adalah disebabkan beberapa faktor keselamatan termasuk bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat.

“Faktor lain yang turut mempengaruhi penutupan awal berikutan penurunan paras air yang drastik (136.93 meter) menyebabkan kesukaran laluan ke Santuari Kelah buat masa ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pra monsoon yang diramalkan bermula esok  oleh Jabatan Meteorologi  di Pantai Timur juga menyebabkan pihaknya membuat keputusan  untuk menutup santuari kelah lebih awal dari kebiasaan.