• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

Sebatang Kara Hidup Dalam Kabin

KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed melahirkan perasaan terharu dengan nasib Mohd Zaliza Abd. Razak yang hidup sebatang kara dan hanya tinggal di sebuah kabin usang dalam belukar.

Mohd Zaliza, 58 atau lebih mesra dipanggil Pok Mad sudah menghuni kabin tersebut sudah lebih dua tahun.

Ahmad Shah berkata, beliau sangat terkejut dengan maklumat yang diperolehi daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Simpang Tok Ku dan turun untuk melihat sendiri keadaan lelaki terbabit.

"Keadaan dia cukup menyedihkan. Tinggal dalam kabin usang dan hanya mendapat sumber eletrik daripada jiran terdekat, manakala air pula diambil dari perigi. Kita cuba pujuk Pok Mad untuk berpindah, tapi beliau menolak," katanya kepada pemberita.

Menurut Penyelia i-MiTS DUN Bandar, Khairudin Muhamad, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar bersama JPKK walau bagaimanapun tetap akan berusaha membantu Mohd Zaliza melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Warga komuniti juga diharap dapat menyalurkan maklumat kepada pihak PKM atau pun JPKK jika terdapat penduduk susah yang terlepas pandang untuk dibantu.


Tag: