• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Sedia Peti Sejuk Beku Di PPS


Oleh : Muhammad Amiruddin 

DUNGUN, 2 Oktober- Enam peti sejuk beku ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di daerah ini bagi memastikan barangan basah dan bahan dapat disimpan dalam tempoh lama

Penyelaras DUN, Ghazali Sulaiman berkata ianya untuk memastikan stok makanan mentah dapat dibekalkan sekiranya kawasan yang terlibat terputus bekalan makanan. 

"Jadi, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengambil inisiatif membekalkan  peti sejuk beku untuk diagihkan kepada Pusat Pengkalan Hadapan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan barangan berkenaan di PPS di sini, semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi sebelum dan semasa berlakunya banjir.

“Dari segi barang dan stok seperti khemah dan bekalan makanan asas bagi menghadapi banjir turut diagihkan  oleh  Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat dan JPKK setempat ke lima pusat pengkalan hadapan dan berbaki lagi tujuh pengkalan hadapan pada keesokkannya." jelasnya. 


Tag: