• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Sekolah Rendah Islam Terus Diperkasa



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 8 Januari- Kerajaan negeri komited memperkasa Sekolah Rendah Islam (DAR) di negeri ini supaya teras dan visi yang dipegang guru-guru DAR akan terus kukuh dan berkembang.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Guru dan Kakitangan DAR Negeri Terengganu. Alias harun berkata, pelbagai perancangan diatur oleh pihak pengurusan  Sekolah DAR untuk mencapai sasaran melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah.

“Guru-guru sekolah di bawah kendalian Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu itu sentiasa didedahkan dengan pelbagai kursus dan bengkel untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Kepercayaan masyarakat kepada guru-guru DAR dapat dibuktikan dengan permintaan kemasukan ke sekolah tersebut bertambah setiap tahun.

"Para ibu bapa yakin guru-guru yang dedikasi ini mampu mendidik  pelajar dengan ilmu agama yang baik disamping tidak melupakan kurikulum lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Kursus Pemantapan Perguruan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA)  yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Seramai 29 orang guru dari sekolah berkenaan menyertai kursus sehari itu yang dikendalikam oleh pakar-pakar di dalam bidang perguruan.

Tag: