• 16 Mei 2024 | 8 Zulkaedah 1445

Sembang Kedai Kopi Selami Masalah Rakyat


Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 14 Januari - Program Sembang Kedai Kopi menjadi antara cara berkesan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti begitu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung.

"Masalah dan rungutan penduduk kampung dapat didengari serta disalurkan secara terus kepada pihak pejabat agar tindakan selanjutnya dapat direalisasikan.

“Segala aduan yang kami dapat hari ini akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh pihak pentadbir supaya rakyat sentiasa sejahtera," katanya dalam pertemuan bersama penduduk kampung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Lak Lok, di sini, semalam.


Program itu dicetuskan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.


Program dua hala itu mensasarkan kedai sarapan pagi yang menjadi tumpuan penduduk kampung sebagai lokasi pertemuan dan akan berlangsung dari masa ke masa.


Tag: