• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sembilan Keluarga Terputus Hubungan, Terima Bantuan

Oleh: Amiruddin Zamri

DUNGUN, 20 Disember – Sembilan keluarga melibatkan 25 mangsa di Kampung Pelambor, Kuala Jengai, di sini yang terputus hubungan akibat jalan utama  ke kampung itu dinaiki air,  menerima bekalan makanan dan ubat-ubatan daripada pihak berkaitan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, Jarak untuk pergi ke Kampung yang terputus hubungan adalah sejauh kira-kira 3 kilometer. 

Katanya, dia telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk menyegerakan penghantaran bekalan kepada mangsa yang terlibat.

 

‘’Pihak JPKK juga sudah maklum tentang perkara ini dan tindakan pantas telah diambil bagi memastikan warga penduduk Kampung Pelambor menerima bekalan.’’ Katanya ketika ditemui media disini, petang semalam.

Jabatan Amal Dun Bukit Besi yang diketuai Izwan Mohammad mengerahkan anggota untuk turut serta memberi bantuan menghantar bekalan makanan ke Kampung yang terputus bekalan makanan.


Tag: