• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Senator Dato' Husain Pulih Sepenuhnya Daripada Covid-19

KUALA TERENGGANU, 28 Januari - Ahli Dewan Negara Terengganu, Senator Dato' Husain Awang telah dibenarkan keluar dari hospital setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19 pada Khamis baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu disahkan positif Covid-19 pada 23 Januari lalu telah menjalani rawatan di Hospital Setiu.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah kesihatan atau sebarang gejala sejak kali pertama melakukan ujian calitan Covid-19 pada 18 Januari lalu.

"Alhamdulillah, saya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah selepas dibenarkan keluar hospital hari ini.

"Tahap kesihatan saya seperti biasa, saya tiada alami sebarang gejala seperti selesema atau batuk atau gangguan pada deria rasa dan bau," katanya ketika dihubungi.

Tambah Husain lagi, selera makannya juga tidak terganggu sepanjang berada di hospital.

"Selera makan macam biasa sebab sejak awal saya tidak mempunyai sebarang gejala melainkan hanya disahkan positif Covid-19," katanya.


Tag: