lightning-solid
Berita :
Setpol PM Dikaitkan Ketirisan, Siasatan Masih Kabur
Setpol PM Dikaitkan Ketirisan, Siasatan Masih Kabur
Mohd Hafiz Azrin Abdul Razak
27 Nov 25
139

KUALA LUMPUR, 26 November - Ahli Parlmen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh,  menegaskan bahawa teguran Perdana Menteri terhadap Setiausaha Politik (Setpol) yang didakwa terlibat dalam isu ketirisan kerajaan tidak menyelesaikan isu, walaupun pegawai terbabit telah meletak jawatan.

 Beliau menyatakan bahawa rakyat berhak tahu sama ada siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

 “Baru-baru ini Perdana Menteri ada memberi teguran keraslah kepada Setpol dia kerana didakwa terlibat dalam isu ketirisan perolehan kerajaan. Tak berapa lama Setpol pun telah letak jawatanlah semalam. 

Tetapi adakah teguran keras dan peletakan jawatan terus dikira selesai,Siasatan ada ke tidak ni.”ujarnya dalam Persidangan Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Tambah beliau, Setakat ini sudah ada dua Setpol PM terkait dengan skandal ni. 

"Sebelum ini bekas Setpol, Farhash, itu pun masih kabur  lagi tentang perkembangan siasatan terhadap kekayaan luar biasa selepas menjadi Setpol. 

"Ini menunjukkan satu trend tidak sihat terutamanya apabila PM sendiri selalu mencanangkan istilah sakau, sakau, sakau dan slogan hapus rasuah tetapi Setpol sendiri terpalit dengan macam-macam masalah,"katanya.

Justeru, beliau berkata isu ini menimbulkan keraguan terhadap integriti pentadbiran kerajaan.

" Teguran atau peletakan jawatan sahaja tidak memadai, proses siasatan menyeluruh perlu dijalankan bagi memastikan akauntabiliti pegawai kerajaan dan mengekalkan keyakinan rakyat,"katanya.

Dalam pada itu beliau menyeru kerajaan lebih telus dan konsisten dalam menangani dakwaan ketirisan dan penyalahgunaan kuasa, terutama bagi pegawai kanan yang sepatutnya menjaga amanah negara. 

"Kegagalan memberi penjelasan menyeluruh boleh menjejaskan kepercayaan rakyat serta menimbulkan persepsi negatif di peringkat antarabangsa,"katanya.



Tag :

Artikel Berkaitan