lightning-solid
Berita :
Siapa Ganti Nurillo?
Siapa Ganti Nurillo?
Mohd Irsyadi Abu Bakar
5 jam yang lepas
130

KUALA NERUS, 23 Disember - Pemergian pemain kelahiran Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov daripada pasukan Terengganu FC mungkin dilihat sebagai satu kehilangan besar kepada gergasi pantai timur itu, namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, pihaknya sedang merencanakan keputusan terbaik dalam mengisi kekosongan pemain tengah itu.

"Untuk kami, kita kena belanja ikut kemampuan buat masa ini. Tentang Nurillo, dia pun hendak pulang kerana (merebut tempat) Piala Dunia. Kita juga beri tawaran tetapi dia memilih untuk pulang ke negaranya.

"Jawatankuasa teknikal sudah ada beberapa nama, bukan sahaja untuk posisinya tetapi beberapa posisi lain lagi.

WhatsApp Image 2025-12-22 at 13.57.35.jpeg 407.15 KB
"Setelah pertengahan musim ini, ada beberapa posisi yang kita kena 'improve' dari penyerang, pemain tengah, ada beberapa nama yang kita telah bawa ke jawatankuasa teknikal dan telah diluluskan, tetapi belum boleh diumumkan sekarang, tunggu masa yang sesuai dan pemain pun masih terikat dengan kelab masing-masing," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran kedai cenderahati rasmi pasukan TFC di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu, hari ini.

Kedai barangan rasmi pasukan yang dirasmikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim itu mencipta satu lagi pencapaian dalam usaha pengembangan komersial kelab secara lebih meluas.

Dalam pada itu, Sheikh Farouk memaklumkan bahawa sebarang pemilihan pemain dibuat dengan teliti.

"Apa-apa yang kita buat, penyokong kena faham semuanya kena melalui proses pemilihan daripada jawatankuasa, jurulatih dan pengurusan.

"Kekal (pemain) atau tidak saya serah kepada jurulatih. tetapi saya rasa kadang-kadang perlu ada 'back-up player' dalam pasukan, kita kena tengok pemain mana yang sesuai dan perlu digunakan dalam perlawanan-perlawanan tertentu. 

"Ada dengan kami dalam empat ke lima calon, ada yang ada pengalaman bermain di Liga malaysia dan ada juga pemain-pemain baru. Apa yang penting, pemain yang dipilih oleh jawatankuasa dan jurulatih itu bersesuaian dengan cara permainan TFC dan membina hubungan baik dengan pemain sedia ada," katanya yang turut menyatakan terdapat sebahagian calon daripada Eropah dan ada juga dari Asia.

WhatsApp Image 2025-12-22 at 13.57.35 (1).jpeg 375.75 KB


Tag :

Artikel Berkaitan