• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Sidang DUN : Belanja RM400,000 Untuk Tambahbaik Kelas Maya, I-Class


Kerajaan negeri memperuntukan RM400,000 bagi tujuan penambahbaikan kelas maya dan penambahan i-Class pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Transfomasi Negeri, A. Latif Awang berkata, sehingga kini terdapat 116 buah sekolah yang mempunyai kelas maya dan 17 sekolah yang melaksanakan i-Class di Terengganu.
“Insya-Allah pada 2017, kita akan tambah antara 10 atau 15 buah lagi i-Class dan juga ‘upgrade’ kelas-kelas maya yang sedia ada.
“Kerajaan negeri sudah mempunyai peruntukan berjumlah RM400,000 untuk menyediakan keperluan tersebut di mana-mana Dun dan sekolah terpilih,” katanya.
Beliau yang juga wakil BN-Pengkalan Berangan berkata demikian ketika menjawab soalan lisan wakil Pas-Alor Limbat, Ariffin Deraman berhubung jumlah terkini kelas maya dan i-Class di Terengganu di hari kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini.

Untuk rekod, Kerajaan Terengganu menghentikan pemberian komputer riba buku elektronik (e-Book) kepada murid mulai tahun lalu dan digantikan dengan sistem i-Class yang dilengkapi sistem komputer dan kemudahan internet lebih efisien.

Tag: